Thursday, June 25, 2015

seeds of love



this art project is titled ' seeds of love'.
in collaboration with Heerup Museum in Denmark, i invited the public to participate making the artwork .
it is a minimalistic approach where we use used paper, BBQ sticks and tapes to carve the word ' love' in different languages to reflect the multicultural society living  in Copenhagen, Denmark.

the idea is to make the word' love' in as many different languages as possible using paper cuttings and plant them outside in the green area at the museum for the Culturnight festival in Rødovre.



Think Tank, Bela Biennale - Rio Di Janeiro 2014

in  nov 2014, i participated in Bela Biennale, an art festival between the Nordic country and south america, namely Brazil.
i brought with me a documentation of my new work called ' think tank'. think tank is a project i did in collaboration with Robotics Learning Center Malaysia Sdn Bhd.

here is the text written by Intan Rafiza, a curator from the National Art Gallery Malaysia on the project.


( In malay )
-->
Runtuhnya langit kebebasan dan demokrasi apabila seni itu sendiri tidak lagi menjadi cerminan hari ini.


Melihat semula karya terdahulu oleh Amir Zainorin, beliau memberi pandangan paradigm social-politik Malaysia dalam pemerhatian dan  persoalan yang kritikal melalui perspektif seorang rakyat Malaysia dan juga antarabangsa. Pengkarya melihat bagaimana seni menjadi ruang untuk  berkarya dan memberi pandangan dalam membentuk imaginasi melalui visual berdasarkan keadaan sosial sebenar dan dalam masa yang sama ianya  membina satu ruang untuk berkomunikasi.


Karya terkini yang telah dihasilkan pada 2014, bertajuk –Think Tank adalah satu karya installasi dan seni pertunjukan  bersifat interaktif yang dihasilkan untuk Bela Biennial 2014 di ruang Museu Histirico National, Rio De Jenairo Brasil. Dengan saiz yang lebih kecil dari kereta kebal sebenar, ianya adalah hasil kerjasama dengan Robotic Learning Malaysia. 


Di dalam karya ini, kereta kebal menjadi subjek utama yang mana bentuk fizikal karya mempunyai ciri-ciri kekuatan, kekukuhan dan ianya bercirikan  kenderaan pertahanan yang tinggi. Dan merujuk kepada pensejarahan beberapa dekad yang lepas, ianya digunakan dalam perang dunia pertama yang mana penciptaannya adalah sebagai alat pertahanan dan perlindungan tentera di medan peperangan, berfungsi dalam pertahanan dan juga senjata dalam pergerakan operasi perang. Teknologi dan ciptaan kereta kebal turut memperlihatkan spesifikasi utama dalam menyerang dan melindung di medan tempur. 


Dan dalam masa yang sama, bulu burung yang menyeliputi kereta kebal memperlihatkan unsur yang berlawanan diantara kedua-dua  fizikal karya. Malahan  didalam karya ini, Amir Zainorin cuba menghasilkan satu  karya dari gabungan kedua-dua unsur ini. Ianya berinspirasikan bulu burung yang merujuk kepada topi tradisional yang dikenali dengan nama ‘lelanjang’ yang pernah dipakai oleh para pemburu kepala (ngayau) pada suatu ketika dahulu. Pemakaian kostum ini adalah berhubungkait dengan aktiviti amalan buru kepala yang mana ianya adalah salah satu amalan kuno taktik peperangan masyarakat melayu borneo di Malaysia.  Selain daripada itu juga, penggunaan bulu burung  turut digunapakai oleh kaum asal yang lain contohnya dari orang asal Amerika yang membawa erti dan makna dalam kehidupan seharian. Melalui acara ritual yang memperlambangkan kebebasan manusia dan semangat -rohani-spiritual , ianya juga adalah berdasarkan suku-kaum masyarakat yang berbeza.


Melalui kepercayaan kepada alam, penggunaan bahan semulajadi ini membentuk satu idea dan kefahaman kerohanian yang berhubung dengan alam semesta. Komposisi yang dihasilkan melalui penyatuan penggunaan alat perang kereta kebal dan kerohanian melalui  penggunaan bulu burung oleh pahlawan terdahulu, pengamat dan penonton seni diberi ruang interaksi dengan memberi peluang kepada penonton melancarkan warna dari mercu meriam kereta kebal. Unsur dan teknikal interaktif ini adalah dihasilkan dalam kontek dimana pengkarya cuba memberi kefahaman dan peluang kepada penonton untuk memahami karya seni yang disampaikan.


Dalam proses membentuk idea Think Tank, melalui perspektif satu karya seni yang jelas dengan mengenengahkan kepentingan yang tidak ketara, (bermaksud penonton masih boleh mempersoalkan dan membincangan berkaitan idea) diantara objek yang digunakan melalui pendekatan penciptaan melalui teknologi terkini dan nilai kepercayaan kerohanian (spiritual).Tembakan warna dari mercu meriam terus ke ruang didinding secara tidak langsung ianya telah mewujudkan satu platform dialog seni secara visual dalam meyampaikan karya seni. Yang mana ianya turut menunjukkan bagaimana tindakan manusia boleh memberi kesan dan  akibat yang menjadi penyebab kepada  sesuatu hal dan tindakan.

Disini juga posisi pengkarya adalah menjadi pengantara dalam aktiviti komunikasi diantara karya seni dan penonton. Pengkarya memberikan satu  bentuk seni yang jelas dan nyata tentang kepentingan maksud demokrasi melalui sistem bermasyarakat melalui skop budaya dan penglibatan masyarakat awam khasnya. Kepentingan komunikasi secara interlektual diwujudkan dalam ruang kreativiti yang menjadi subjek utama dalam proses berkarya.  


Melihat semula karya seni Amir Zainorin yang menjadi koleksi tetap Balai Seni Visual  Negara Malaysia, ianya adalah diantara karya koleksi negara yang mempunyai kekuatan dari sudut perletakan imajan dan penerokaan idea dari pengkarya dengan pendekatan dan kefahaman tersendiri. Stamp Series, adalah salah satu dari 3 koleksi karya yang mempunyai proses pendokumentasian yang jelas berkenaan tanggapan pensejarahan para perajurit kemerdekaan 1957 yang berjasa dalam memperjuangan kebebasan negara dari penjajah yang mana mereka adalah terdiri dari latar belakang politik dan ideologi yang berbeza.


Dalam karya ini ianya memperlihatkan satu perspektif baru tentang perjuangan merdeka bukanlah milik mana-mana parti politik, tetapi ianya adalah berkenaan kesatuan masyarakat ketika itu. Selain daripada itu juga, satu seni pertunjukan yang telah dipersembahkan di hadapan pejabat Imigresen, Copenhagen, Denmark pada tahun 2010, yang bertajuk -Stamp Over, turut di kongsi bersama dan dipamerkan pada tahun 2012 di Balai Seni Lukis Negara Malaysia  bersempena Hari Kemerdekaan negara Malaysia  dalam pameran – Kuasa, Harapan dan Tanah. Dalam karya ini, ianya memperkatakan berkenaan isu-isu pendatang (imagran) dari pelbagai aspek dan kesan budaya, perbezaan pengstrukturan masyarakat dan sosial serta bagaimana hal ini mempengaruhi masalah dan latar belakang prinsip dalam perbezaan kepercayaan. 

Sebagai seorang rakyat Malaysia, yang berhijrah ke negara lain, Amir Zainorin telah menghasilkan karya dalam pendekatan dan cuba menjawap beberapa persoalan dalam hal yang berkaitan dengan isu-isu  sosio-politik di Malaysia. Dalam permasalahan ini, beliau melihat bagaimana pembangunan negara yang menuju kemodenan secara fizikal dan adanya  perjuangan hak kemanusiaan melalui pengamalan sistem demokrasi  adalah menjadi titik utama dalam mengenengahkan isu dan persoalan yang diingin disampaikan.


Memahami erti kemajuan minda dalam ruang negara yang sedang pesat membangun, mempunyai pemikiran yang lebih kritis berkenaan isu dan juga hal yang memberi kesan kepada perspektif  permasalahan utama kenegaraan adalah amat penting dalam menjadi seorang pengkarya seni. Perbezaan pendapat atau mempersoalkan sesuatu dalam erti kata dalam meruntuhkan tembok yang menghalangi kebenaran bukanlah satu kesalahan sekiranya pengkarya seni itu sendiri tahu bagaimana untuk menyampaikannya  dengan cara yang lebih mudah melalui kreativiti dan dialog seni lebih yang berkesan (dialogis).


Think Tank – apabila zaman silam itu itu sebenarnya adalah masa depan kita.


Oleh Intan Rafiza
Nov. 2014

in english translated by Sharon Chin

Freedom and democracy fail when art no longer serves as a reflection of today. Looking at his previous work, artist Amir Zainorin supplies points of view about Malaysian socio-political paradigms through the critical observations both as a Malaysian national and as a citizen of the world. He looks at how art becomes a space for expression. Through reality-based visuals, he shapes the imagination, providing insight into contemporary social conditions. He builds space for communication.

Amir’s latest work, titled Think Tank and produced in 2014, is an installation and interactive performance piece. It was made for the Bela Biennial 2014, in Rio de Janeiro’s Museu Historico Nacional and Galeria Scenarium. The work is a  collaboration with Robotic Learning Malaysia.

In this work, a military tank serves as the primary subject. Its physical form communicates strength and resolve. Historically, tanks were introduced during the First World War. It was invented as a defensive device, used to protect troops in battle, and serving as a safeguard for weapons and fortifications on the battlefield. As technology developed, tanks have played both defensive and offensive roles in war.

The bird feathers that envelop the tank serve as contrast to the physicality of the armored vehicle. This is a reference to the bird feathers found on the headgear (lelanjang) worn by headhunters (ngayau) of the past. This costume is associated with the practice of head-hunting – an archaic war tactic of the Malays in Malaysian Borneo. Besides this, the bird feathers also reflects its use by other indigenous peoples, such as Native Americans – whose use of the material carries its own significance in their daily lives, through rituals that emblematize human and spiritual freedom.

Amir’s use of natural materials evokes the spiritual ideal of connecting with the universe. The composition pairs a modern weapon of war (the tank) with the spiritual beliefs of past  warriors (the bird feathers). The audience is invited to interact with the work by launching colourful paint from the tank’s main cannon. Through this interactivity, the artist hopes to bring audiences closer to understanding the ideas presented in his work.

Think Tank is not a didactic work, and viewers are still able to bring in many associations and related ideas, which may inhabit the space between the tank (a technological creation) and the feathers (symbolizing spirituality). The firing of paint from the tank’s canon onto the wall indirectly sets up a dialogue about what makes a work of art. It also points to the cause and effect that accompany every action we humans undertake. Here, the artist has become an intermediary, facilitating communication between the artwork and its audience. The work speaks clearly about the importance of democracy in society, involving both the cultural sphere and participation of the public.

The works of Amir Zainorin in the permanent collection of Balai Seni Visual Negara are strong, demonstrating the placement of images and exploration of ideas by an artist who has his own approach and point of view. Stamp Series -- one of the three collected works – demonstrates a documentarian’s process, and how this contributes to the way the freedom fighters of 1957 are viewed historically. They were not a homogenous group, instead, consisted of individuals from different backgrounds and ideologies.

The work presents another perspective of the struggle for Merdeka – namely, that the independence movement did not belong to any one political party, but involved a society working in unity at the time.

A performance piece, Stamp Over, first performed in front of the Copenhagen immigration office in 2010, was exhibited at the Balai Seni Lukis Negara in 2012. This was in conjunction with Merdeka Day, and was part of the the “Kuasa, Harapan dan Tanah” show. This work explored the issue of “pendatang” (immigrants) – looking at the differences in the way communities and societies are structured, and how this affects the underlying principles of multi-culturalism. 

A Malaysian citizen who now lives abroad, Amir Zainorin has nonetheless continued to produce works that center on the social-political issues of Malaysia. The matter of human rights and democracy in a rapidly developing country that is bent on modernisation is a major starting point for the artist. Understanding what it means to be mentally progressive, thinking critically and being concerned with social issues are essential in being an artist. If artists are skillful in communicating their intentions, having differences of opinion or questioning the rightfulness of a situation is something to be encouraged.

 Think Tank – when the past actually tells of our future.

By Intan Rafiza

Curator National Visual Art Gallery

Tranlation from Malay to English by Sharon Chin